Anonymous
4 tahun
Sakit dalam lubang telinga
Saya berusia 29 tahun dan mengalami masalah resdung. saya kerap merasa gatal di dalam telinga membuatkan saya selalu menekan nekan telinga. saya telah mengalami kesakitan di dalam telinga semasa ingin menelan air liur atau menelan makanan.
saya telah pergi ke klinik dan doktor mengatakan bahawa dalam telinga saya mungkin ear drum saya kurang pasti, telah terlihat kemerahan.
ubatan apakah yang sesuai diantara ibuprofen 200mg atau mefenamic acid 250mg untuk meredakan kesakitan itu
harap doktor dapat membantu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Terdapat beberapa sebab sakit telinga. Antaranya:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Berdasarkan soalan anda, kedua ubat ibuprofen dan mefenamic acid digunakan untuk masalah sakit. Namu. Begitu, ibuprofen adalah lebih sesuai digunakan untuk merawat masalah telinga anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih