suegyhatty.s
6 tahun
Sakit dalam perut yang mencucuk
Saya ibu kepada 4 org anak. Saya berusia 43 tahun.Pada takun 2014 saya telah menjalani BTL. Beberapa minggu yang lalu saya sering mengidap sakit dibahagian kiri dalam perut saya.Sakit yang amat sehinggakan saya tidur tidak dapat dalam keadaan terlentang dan kalau mengiring pun kena beralaskan dengan bantal.
Keesokkan hari nya saya pergi ke klinik. Saya menjalani ujian air kencing dan didapati air kencing saya ada jangkitan kuman.Doktor tersebut mengandaikan ikatan pada pembedahan dahulu mungkin membengkak dan itu yang menyebabkan kesakitan itu.Saya juga telah melakukan pembedahan lazer utk membuang batu karang pada buah pinggang sebelah kiri pada tahun 2017.
Soalan saya,adakan kemungkinan itu berlaku seperti yang dikatakan oleh doktor tersebut dan apakah saranan doktor kepada saya.Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pyelonephritis (jangkitan kuman pada organ buah pinggang)
- Radang pelvis
- Komplikasi jangkitan sistem kencing (UTI)
- Diverticulitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri jangkitan akan merebak ke organ bersebelahan atau mendapat jangkitan darah. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























