
Sulit
4 tahun
Sakit dalam saluran kencing lelaki seperti terasa senak dan berat
Saya mengalami masalah sakit dekat dalam uretra…kencing juga sedikit dan kerap…kadang sakit trjadi ketika tiada keinginan untuk kencing…sakit dalam uretra seperti senak.tetapi apabila ditekan dikawasan terbabit tiada rasa sakit sebelum ini saya sudah berjumpa doktor tetapi tiada prubahan…perlukah saya melakukan ujian ultrasound bagi masalah ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam salur kencing
- Kecederaan di dalam saluran kencing
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami membantu anda untuk mengetahui punca gejala yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja kerana maklumat lanjut mengenainya perlu diketahui. Kami sarankan anda untuk pergi ke klinik atau hospital berhampiran supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.