
dexieciafrancis00
5 tahun
Sakit dalaman telinga sebelah kanan
Saya wanita berumur 19 thun . Sakit dalaman telinga . Sdh pergi klinik bbrpa minggu yg lepas dan diberu ubat antibiotik. Setelah seminggu , kesakitan tu mula dtg lagi . Doktor ckp ada jangkitan kuman . Apa kata doktor on call ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit telinga. Antaranya ialah:
- Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Jikalau sakit tersebut masih menganggu anda daripada aktiviti seharian , anda amat disarankan untuk berjumpa kembali doktor untuk mendapatkan pandanganya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih