Anonymous
4 tahun
Sakit dalaman telinga
Saya wanita 20an dan mengalami sakit telinga sebelah kanan . Dah diberi ubat antibiotik dah telah baik dlam bbrapa hari . Setelah itu rasa kesakitan itu datang lagi . Macam mana ini doktor ? Susah hati ini doktor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Kami faham akan kebimbangan anda terhadap tahap kesihatan anda yang tidak memuaskan.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit telinga. Antaranya ialah:
- Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Jikalau sakit tersebut masih menganggu anda daripada aktiviti seharian , anda amat disarankan untuk berjumpa kembali doktor untuk mendapatkan pandanganya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih