
Sulit
4 tahun
Sakit dan ketidakselesaan pada dada kanan
hi doktor . saya wanita berusia 30thn . kebelakangan ini sy merasakan ketidakselesaan pada dada kanan d atas payudara . kadang sampai ke bahu dan ketiak . ketidakselesaan itu muncul sebelah malam sahaja . utk makluman , sy pernah ada gastrik sebelum ini , tp sudah pulih cuma tinggal kerap sendawa dan kembung perut . adakah sakit itu ada berkaitan dgn gastrik yg sudah sembuh atau cuma angin ? atau itu petanda penyakit lain ? terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Menurut situasi yang anda perihalkan di atas, simptom-simptom yang anda alami tersebut mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, terdapat beberapa penyakit yang boleh dikaitkan dengan masalah anda iaitu:
- Penyakit refluks esofagus ataupun dikenali sebagai Gastroesphageal reflux disease. Ia merupakan penyakit dimana asid dalam perut telah naik sehingga ke tekak.
- Masalah pada organ pankreas sama ada ketumbuhan batu karang, ataupun keradangan. Pankreas merupakan salah satu organ pencernaan yang terdapat pada sekitar kawasan perut.
- Penyakit keradangan pada jantung yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman. Ia dikenali sebagai Pericarditis ataupun Myocarditis.
- Ketumbuhan ulser pada perut, duodenum atau esofagus akibat irritasi asid yang berlebihan (gastrik anda sebelum ini).
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi menjalani siasatan kesihatan lanjut dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.