
Sulit
5 tahun
Sakit dan pedih dkt tonsil sebelah kanan
Sakit dan pedih dkt tonsil sebelah kanan…ia amat tidak selesa…kadang2 sakit sampai ke telinga… Ape perlu sy buat… Antibiotik sy dh mkn… Tpi sakit tidak kurang…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antibiotik tidak mengurangkan kesakitan. Anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kesakitan.
- Banyakkan berehat
- Kerap minum air
- Berkumur dengan air garam
- Berada dalam persekitaran yang lembab serti menggunakan humidifier
- Makan atau minum cecair yang hangat atau sejuk
- Mengambil lozenges
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.