
nzafirahk
5 tahun
Sakit dan pening seperti berada dalam.bangunan yg bpusing dan tangan kebas
saya wanita, berusia 28thn pd thn ini. mpunyai seorg anak 10 bln yg masih menyusu bdn. saya xpasti dh d thn bpe saya sakit kepala . mgkin bmula 2013@2014.
saya mula sakit kepala semasa saya bujang, apabila hendak tidur dan bgn tidur. kadang² saya sedang tidur, apabila saya gerakkn kepala dan bdn, kepala saya seperti ditarik. penglihatan saya kabur. saya terasa seperti berada dalam bangunan yg bpusing dan saya berasa amat pening. tgn shja yg berasa kebas. saya cme tenangkan diri, bdn kaku, ambil ms juga untuk hilangkan sakit. benda ini berulang byk kali dan semakin kerap. dari mkn panadol separuh, mkn 1bji, kdg 2bji dan 3bji sblm tidur hampir setiap hari kerana saya risau saya xdpt bbuat apa² ketika sakit kerana saya ddk seorg di umh.
pd thn 2016@2017, saya sudah merujuk doktor pakar, sudah buat ct scan, normal. tp saya masih mgalami sakit dan pening kepala cme tidak sekerap dlu. masih terasa seperti berada dlm bgunan yg bpusing dan tgn saya kebas. doktor bekalkan saya ubat cerebelix (maaf, xingt ejaan) , panadol dan ubat saraf.
pd thn ini, 2019, doktor sudah merujuk pd hospital di bhgian neurologi. saya sudah buat mri dan masih normal. alhmdllh. cuma sakit dan pening kepala masih ada cuma tidak sekerap seperti dhlu.
jadinya saya tidak perlu risau apa² kn ? dan jika berlaku sakit dan pening, saya hnya perlu mkn panadol.shja

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda berikan boleh disebabkan:
- Anemia - kurang hemoglobin darah merah
- Migrain
- Vertigo posisi
- Penyakit dalaman telingan seperti ketumbuhan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.