
Sulit
4 tahun
Sakit dan rasa kabas di lutut
Hi doc, saya berumur 14 tahun,perempuan… doc, saya ada rasa tidak keselesaan dan sakit pada lutut hadapan saya ketika berjalan dan baring selama 2 minggu. 2 hari lepas rasa sakit semasa berjalan itu sudah pun hilang tetapi rasa tidak selesa itu still ada dan baru sahaja 2 hari lepas saya mula merasa kebas, lenguh,tingling dan stiffnes di kaki saya.cyst saya ni bahagian lutut ini ada sejak saya 3 tahun lagi masa picit lembut je cyst tu tapi nak bagi cyst tu timbul saya kena bengkokkan kaki saya baru ada nampak kalau saya luruskan kaki saya, saya pun tidak tahu cyst tu menghilang dimana kerana tidak dapat rasa.saya dan family saya ignored je cyst tu. Sekarang saya nak kena bengkokkan kaki saya dengan kuat untuk letakkan pressure bagi cyst tu timbul dan saya perasan yang cyst saya tu semakin keras berbanding dengan dulu. Dan setiap masa bila saya mahu luruskan kaki saya dari bengkokkan tu akan bunyi meletup di lutut saya. Dan sedikit susah dari bengkokkan kaki saya nak ke luruskan tu. adakah masalah lutut yang rasa rasa sekrang ni melibatkan dengan cyst di bahagian lutut saya sekrang ni? Lagipun cyst saya di lutut tu anggaran bersaiz hanyalah 3cm bila saya bengkokkan kaki saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit lutut.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, besar kemungkinan gejala yang anda alami sekarang berpunca daripada cyst yang anda alami. Untk makluman anda, sesetengah cyst boleh membesar dan membahayakan kesihatan anda jika tidak dibuang. Saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Namun begitu saya juga tidak menolak kemungkinan lain untuk sakit lutut terjadi seperti:
- Keradangan otot lutut
- Senaman berlebihan
- Keradangan sendi
- Jangkitan kuman
- Trauma
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Masih risau dengan sakit lutut anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!