
Anonymous
5 tahun
Sakit Dan terasa gatal bahagian bawah dada sebelah kiri
Saya lelaki berumur 26 tahun Yang mengalami sakitan Dan gatal pads bahagian bawah dada sebelah kiri DN ad sedikt kembang…boleh terangkan sebabnya Yang lebih lanjut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan beserta benjolan pada bahagian kiri dada anda boleh disebabkan:
- Kayap (Shingles)
- Jangkitan kulit - sellulitis
- Kista (cyst)
- Alahan dermatitis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.