
Sulit
3 tahun
Sakit dari bahagian pinggang,peha,betis hingga tapak kaki
Saya berusia 31 tahun,saya kerap mengalami sakit dari bahagian pinggang,otot peha,betis dan tapak kaki…saya tidak boleh banyak berjalan dan banyak buat kerja rumah,mesti sakit sampai demam…adakah saya ada masalah darah beku kerana saya pernah bersalin emergency ceaser 8tahun lepas anak pertama…anak ke2 juga ada masalah dan diberi suntikan epidural.blharap doktor dapat jawab persoalan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami iaitu sakit betis, peha hingga tapak kaki. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan gejala sedemikian, seperti:
- Masalah saraf
- Masalah saluran darah ( peripheral artery disease )
- Diabetic neuropathy
- Ketegangan otot
- Ketidakseimbangan elektrolit ( electrolyte imbalance )
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan yang kami berikan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.