
Anonymous
5 tahun
Sakit dari bawah buku lali ke tumit
Saya wanita berumur 39 tahun, sejak bulan Mei yang lepas, saya kerap mengalami sakit diantara tulang dibawah buku lali hingga ke tapak kaki. Sakit ini kadang2 hingga ke bahagia pinggul bila bangun dari duduk@dari tidur.
Untuk makluman Dr. Tapak Kaki Saya pernah 2 kali
Terlipat sebab terpijak lubang dan permukaan lantai yg tidak rata 20 tahun lalu. Akibat daripada 2 peristiwa tersebut… Saya dapat berjalan seperti biasa dan apabila duduk, dan hendak bangun semula kaki saya tidak dpt berfungsi menyebabkan saya terpaksa mengurut sendiri sblm dapat berjalan.
Adakah kesakitan sekarang disebabkan kejadian 20 tahun lalu? Apakah rawatan yang patut saya ambil

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan lama menyebabkan pertumbuhan tulang yang tidak normal
- jangkitan kuman pada tulang (osteomyelitis)
- kecederaan ataupun koyakan pada ligamen
Untuk rawatan seterusnya, anda disarankan untuk berjumpa doktor untuk melalui ujian fizikal dan ujian diagnostik seperti X-ray untuk mengesan punca sebenar dengan lebih tepat sebelum rawatan lanjut dapat diteruskan.
Terima kasih