
Sulit
4 tahun
Sakit dari pinggang hingga buku lali. Kaki sentiasa kebas dan tulang pinggul rasa mengilu bila ingin membuat pergerakan terutama semasa menukar posisi baring
Hi Dr. Saya wanita umur 31 tahun.Saya mempunyai masalah sakit tulang pinggul mengilu bila ingin bergerak lagi2 bila saya nak mengubah posisi tidur saya.kaki saya kebas 24jam. Saya tak boleh berdiri atau duduk terlalu lama. Saya dpt rasa mcm ada urat tertarik di bahagian kaki saya. Utk pengetahuan saya menghidap skoliosis. Adakah sakit saya rasa nie ada kena mengena dgn skoliosis? Apa cara saya nak buat kaki saya baik semula.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- keletihan yang terlalu berat
- kekurangan gula / air dalam badan
Namun ia juga boleh menandakan kelainan tubuh seperti:
- gangguan muskoloskeletal (i.e. muscle sprained)
- gangguan saraf (i.e. HNP)
- gangguan endokrin / metabolik
- penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Buat sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- mendapatkan rehat dan tidur secukupnya
- jauhi faktor-faktor yang boleh memicu rasa sakit
- meneruskan gaya hidup sihat (i.e. bersenam, diet, dll.)
- mengambil waktu rehat setelah selesai melakukan beberapa tugas
- memastikan diri berada pada posisi yang betul (ergonomik) apabila berkerja, duduk, baring & tidur
Anda juga disarankan untuk segera ke hospital atau klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejaal seperti:
- gejala berterusan, bertambah sering atau semakin berat
- kaki atau pinggang membengkak, kemerahan atau tanda-tanda inflamasi yang lain
- perubahan / masalah kencing atau buang air besar
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.