
ainsholehahshuhada
5 tahun
Sakit di bahagian atas ari ari,, bawah perut
Saya wanita dlm 20 an… Dan sya belum berkahwin… Semalam sya demam… Dan selsema… Sewaktu saya demam saya terbersin dan terus terasa sakit di bahagian tersebut… Sakitnya terasa hingga sekarang… Jika saya batuk… Akan terasa sakit dibahagian tersebut… Apakah saya mengalami simptom2 rahim jatuh atau sakit ni akan sembuh dgn sendirinya??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit di bahagian ari-ari selepas anda bersin boleh disebabkan:
- Ketegangan otot pelvis
- Angin pasang (hernia)
- Radang pundi kencing
- Sembelit
- Endometriosis (ketumbuhan sel lapisan rahim di luar rahim)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.