
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian atas faraj sebelah kiri apabila di tekan
ujian upt masih negatif tetapi setiap pagi akan ada benjolan di atas faraj sebelah kiri dan hilang. kemudian apabila tekan, terasa sakit. adakah upt dapat mengesan kehamilan sekiranya hamil luar rahim?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Bagi menjawab soalan anda tentang dapatkah UPt mengesan kehamilan luar rahim, jawapannya ialah ya jika tahap hormon cukup tinggi untuk UPT memberi keputusan positif.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.