
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian atas kemaluan selepas kencing
Saya wanita berumur 21 tahun . Saya baru sahaja menjalani pembedahan apendiks . Selepas 4 minggu , saya merasa sakit selepas saya membuang air kecil . Sakit di bahagian bawah perut . Terasa semacam ada orang menekan . Saya juga mengalami kerap kencing . Adakah itu normal Dokter.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan salur kencing
- batu karang
- hernia kerana organ bergumpal (Adhesion)
- jangkitan luka pembedahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.