
Anonymous
5 tahun
Sakit di bahagian bawah payudara
Saya student, umur saya 20 . Saya mengalami sakit dibahagian bawah payudara sebelah kiri saya . Rasa seperti ditekan tekan .dan saya kurang selesa .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian yang anda nyatakan. Masalah tersebut boleh berpunca daripada perut, paru-paru, jantung, otot dada, tulang dada, kulit, saraf atau payudara.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.