
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian bawah perut di antara pusat hingga atas bahagian kemaluan
Saya remaja lelaki 20 tahun mengalami kesakitan di bahagian bawah perut di bawah pusat yang sangat ketara selepas bermain futsal.Kesakitan hanya semasa ingin melakukan pergerakan seperti berjalan dan memusingkan badan.Tiada demam atau masalah kesihatan yang lain.Pernah melakukan pembedahan appendiks 3 tahun lepas.Adakah hanya kecederaan otot atau ada sebab lain kerana saya perasan semasa bermain futsal saya begitu agresif memusingkan badan saya untuk menyepak bola.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pada bahagian bawah perut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Kuman pada saluran kencing (Urinary tract infection)
- Cystitis (Keradangan pada pundi kencing)
- Prostatitis (Keradangan)
- Jangkitan Penyakit Kelamin (Sexual Transmitted Disease STD)
- Irritable Bowel Syndrome
- Batu didalam pundi kencing (Bladder Stone)
- Urethral Stricture
- Prostate membesar (Benign Prostate hyperplasia)
Sekiranya masalah kesakitan ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan menukar antibiotik lain yang lebih sesuai.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih