
rashydaamrina
4 tahun
Sakit di bahagian bawah perut yang kerap
Saya wanita 23 tahun
Belum berkahwin
Sakit bahagian bawah perut seperti senggugut
Walaupun tidak haid
Sakit yang kerap tetapi sekejap
Kencing kerap walaupun berpuasa
Jika haid, senggugut saya terlampau sakit walaupun sudah mengambil pain killer ( cereblax)
Kitaran haid saya normal

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Untuk makluman pihak anda terdapat belbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit perut. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Masalah pada buah pinggang seperti jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah pada organ peranankan wanita seperti ovari
Sakit perut dan kerap kencing juga boleh jadi merupakan gejala daripada masalah yang sama seperti jangkitan pada saluran kencing atau pundi kencing.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih