
dzikrapid
5 tahun
Sakit di bahagian bawah rusuk kiri
Salam sejahtera doktor, saya ingin bertanya kenapa saya sering merasa sakit di bahagian bawah rusuk kiri apabila saya bergerak. Rasa sakit itu seakan dicucuk - cucuk. Adakah disebabkan angin di dalam badan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,sakit di bawah rusuk kiri ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan yang berkaitan dengan sukan dan kecederaan lain boleh menyebabkan tulang rusuk patah atau retak
- Costochondritis ( keradangan rawan pada tulang rusuk )
- Pleurisy:Dikenali sebagai pleuritis, adalah keadaan keradangan yang melibatkan lapisan paru-paru dan dada.
Ia mungkin juga terjadi di sebabkan oleh masalah pada organ penghadaman seperti :
- Gastrik
- Acid Refluk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.