
jelin8686
4 tahun
Sakit di bahagian bawah sisi tulang rusuk sebelah kiri dan menyebabkan sesak nafas
Ini kali kedua saya sakit. Ketika saya sedang menaip soalan ini pun saya sedang menahan kesakitan dan dalam masa yang sama nafas saya seolah-olah seperti orang yang sesak nafas. Nafas saya menjadi pendek dan setiap kali saya menarik nafas, kesakitan itu di rasai di bawah sisi tulang rusuk sebelah kiri. Apakah yang perlu saya lakukan? Apakah punca dan cara rawatan atau tips untuk kurangkan kesakitan ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di bahagian bawah sisi tulang rusuk kiri. Untuk makluman anda, masalah ini bole disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Ketegangan dan kecederaan otot tulang rusuk
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
- Batu karang buah pinggang
- Jangkitan paru- paru
Masalah di atas boleh menyebabkan keadaan atau sensasi seperti sesak nafas. Terdapat juga punca lain sesak nafas, iaitu:
- penyakit jantung koronari
- heart failure
- asma
- COPD
- pneumonia
- pneumothorax
- Pulmonary embolism
- alahan
Terdapat beberapa nasihat yang elok diikuti secara amnya:
- Berhenti merokok (sekiranya merokok). Merokok menaikkan risiko anda menghidapi kebanyakan penyakit yang disenaraikan di atas secara mendadak. Merokok bukan sahaja bahaya untuk anda tetapi orang yang menghidu rokok anda juga berisiko mendapat penyakit tersebut.
- Elak punca alahan. Penyakit seperti asma selalunya terjadi oleh kerana punca yang diketahui seperti alahan kepada bulu kucing atau habuk. Mengelak diri anda daripada berdekatan dengan punca-punca ini adalah langkah terbaik mengelak serangan asma.
Sila berjumpa dengan doktor di khidmat kecemasan dengan segera jika anda mempunyai tanda-tanda berikut:
- Sesak nafas anda terlalu teruk
- Anda merasa sakit dada
- Sakit dada merebak ke lengan, dagu atau ke belakang dada
- Rasa mual atau muntah, ingin pitam
- Tidak boleh bercakap
- Bibir atau jejari biru
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.