
syelysya
6 tahun
Sakit di bahagian bawah telinga
Saya remaja. Telinga saya berasa sakit apabila hendak makan, menguap, ketawa dan bercakap. Sakit yang seperti ngeri

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.