
Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian belakang kepala contoh lenguh lenguh kekadang rasa memusing dan sedikir rasa keletihan
Saya dh lepas operation buang ketumbuhan tulanh pada belakang telinga dalam 6 bulan lepas … tapi dua tiga bulan nie saya kerap sakit dibahagian belakang kepala saya … sakit x lama sat jaa rasa tapi dia rasa mcm lenguh ii mcmtue … adakah itu effect dripada operation lepas? Atau hanya skit kepala yang biasa sahaja? … saya juga tidak makan ubat antibiotic bagi habis 🥲 sakit kepala tue jadi jika saya melakukan aktiviti atau memakai anak tudung yg ketat dan spek … kadang dya terjadi waktu saya tidur dan merasa lenguh kepala yang sngt sakit … terkadang rsa memusing mcmtue

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham akan kerungsingan yang anda alami ketika ini iaitu sakit di bahagian belakang kepala. Kami akan cuba membantu anda menyelesaikan masalah ini.
Untuk makluman anda, masalah sakit di bahagian belakang kepala secara umumnya, boleh disebabkan oleh:
- Postur badan yang tidak elok
- Sakit kepala tegang atau “tension headache”
Namun, masalah sedemikian juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Occipital neuralgia
- “Herniated disks” pada leher
Justeru, anda digalakkan untuk bercakap doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.