
sitistrawberry94
4 tahun
Sakit di bahagian belakang kepala dan bahagian kiri
Saya umur 25 tahun, bulan 4/2018, saya pernah mengalami depression, saya kerap menangis, bangun tidur saya menangis, mandi pun saya menangis, sebelum tidur pun saya menangis dan kitaran tidur saya pun terganggu, selepas azan subuh kedua baru saya dapat tidur. Apabila saya kerap menangis sampai dua minggu, saya mengalami sakit kepala yang tak pernah saya rasa kecuali masa saya bekerja. Sakit kepala yang saya alami sekarang ni, kepala bahagian kiri saya macam beku macam keras, boleh saya kata setiap hari saya sakit kepala beku tu. sometime tu dia ganggu penglihatan mata saya, nampak blur, telinga saya berdengung. Lepas itu, bahagian belakang saya pun macam beku dan keras. Kadang- kadang itu, bahagian belakang kepala saya berdenyut. Kadang-kadang tu, saya nak menangis sebab keras dan beku. Bila ada je bau busuk, terus naik ke kepala dan saya alami kepala keras dengan beku. Bila tak ada bau busuk pun kepala saya keras dan beku juga. Terlalu banyak berfikir sampai kepala saya rasa beku dan keras. Kepala bahagian kanan pun kena juga tapi pening biasa saja. Kadang-kadang tu, keliling kepala saya, saya rasa macam ada getah ikat kepala saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Aktiviti harian yang sibuk dan tekanan serta tabiat pemakanan yang tidak teratur sering menjadi punca masalah ini dalam kalangan pelajar. Terdapat pelbagai jenis sakit kepala. Migrain merupakan salah satunya. Masalah ini sering bermula ketika umur 20-an dan lebih ramai penghidapnya dari kalangan wanita.
Gangguan migrain yang terlalu kerap berulang dipanggil migrain kronik.
Berdasarkan ciri sakit kepala anda, besar kemungkinan anda menghadapi migrain yang mungkin kronik dan ini mungkin barkait rapat dengan masalah tekanan perasaan atau depresi yang anda alami.
Oleh itu, saya sarankan untuk anda segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut serta rawatan yang sesuai
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.