
aenanabila
5 tahun
Sakit di bahagian belakang pinggang kanan
Saya wanita berumur 23 tahun. Setiap bulan saya akan berasa sakit di bahagian belakang badan. Mostly pain di bahagian sekitar pinggang. Saya akan sakit ketika datang bulan dan juga selepas beberapa hari habis kitaran haid.
Saya berasa bimbang dengan keadaan saya kerana pada usia 12 tahun sehingga sekolah menengah, saya tidak pernah merasa sakit dibelakang/pinggang. Saya tak ingat pada umur berapa saya mula sakit jika datang bulan. dan terbaru sakit belakang selepas haid. Ia telah berlaku selama beberapa tahun (1-2 tahun).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kadang masalah sakit belakang sewaktu atau setelah haid boleh jadi adalah hal biasa efek pergerakan rahim sewaktu mengeluarkan darah haid. Akan tetapi, terdapat juga keadaan-keadaan yang mana sakit belakang adalah petanda untuk sesuatu penyakit seperti:
- endometriosis
- adenomyosis
- penyakit keradangan panggul
- fibroid
- cyst
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Malcolm Lightbody