
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian biji kemaluan wanita
Salam sejahtera, maaf nak tanya, saya berasa sakit di bahagian tengah kemaluan wanita. Dan bila dilihat terdapat kesan merah seperti darah beku(mungkin) dibahagian tersebut. Sebelum sakit saya ada terlanggar bucu meja dan terkena di bahagian tersebut. Sakit sudah berlarutan 3 hari. Saya belum berkahwin dan tidak pernah melakukan hubungan seks. Mohon doktor jelaskan dengan lebih lanjut. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala sakit di bahagian kemaluan wanita anda yang mempunyai kesan kemerahan selepas terlanggar adalah merupakan kecederaan yang berlaku pada kawasan tersebut dan menyebabkan pendarahan terkumpul atau dikenali sebagai Vulvar hematoma. Perkara ini adalah disebabkan oleh saluran darah yang terdapat pada kawasan kemaluan tersebut tercedera dan berlakunya pendarahan yang terlindung dibawah tisu kulit vulva. Oleh itu, anda boleh mencuba yang berikut bagi mengurangkan gejala sakit tersebut iaitu:
- Rendam kemaluan ke dalam air suam
- Mendapatkan ubat tahan sakit daripada pihak farmasi
- Menggunakan pek ais
- Menggunakan krim penyembuh seperti krim estrogen bagi mempercepatkan penyembuhan.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan siasatan lanjut bagi mengenalpasti rawatan yang sesuai untuk anda.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.