
nurinjeez
5 tahun
Sakit di bahagian buah pinggang
Sy pelajar tingktn 4,fizikal rendah,147 cm,sy selalu mengalami sakit di bhgian ginjal bila berlari sikit jee dah sakit.Even skrang mcm lagi teruk sbb lepas mkn or nk buang air pun sakittt sgt…Bila sya nk buang air besar ginjal sy sakitt sgt sehingga sy kna pegang bhgian jantung sy.(sy pon x tau knapa).Sakit ni kerap jadi pd bhagian ginjal kiri dan jarang di belah kanan…Apakah sakit yg sy alami sebenarnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sebaiknya anda berikan keterangan lanjut tentang sifat kencing dan najis anda agar dapat diketahui secara teliti masalah yang dialami.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.