azuairani
3 tahun
Sakit di bahagian Buah zakar
Saya Muhammad azril, saya nak tanya doctor semenjak sebulan lepas saya mengalami masalah buang air besar, lepas makan tak sampai 1 minit saya perlu ke toilet, selepas itu banyak luka di bahagian zakar saya mempunyai penyakit kencing manis
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda beserta dengan sejarah kesihatan anda, beberapa faktor mungkin menjadi penyebab gejala-gejala yang anda hadapi seperti:
- Penyakit pankreas - boleh menyebabkan ketidak-hadaman seterusnya perlu buang air segera. Serta boleh menyebabkan kencing manis
- Diabetik autonomik neuropati
- Sindrom Karsinoid
- Hiper-tiroid
- Penyakit radang usus
Mengenai luka dibahagian zakar pula, disebabkan anda adalah pesakit diabetes, anda berisiko menghadapi jangkitan pada zakar anda (menyebabkan luka dan keradangan). Namun, pemeriksaan dengan lebih lanjut perlu dilakukan sebelum konklusi dapat dibuat serta rawatan dapat diberikan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























