Anonymous
6 tahun
Sakit di bahagian dada sebelah kanan
Saya berasa dada sebelah kanan seperti sesak terutamanya selepas makan. Saya baru berumur 19 tahun. Aktif bersukan dan amalkan gaya hidup sihat. Tetapi ketika ramadhan ini saya mungkin makan berbuka sangat lahap dan tergesa gesa. Seterusnya rasa seperti dada ini sesak. Tiada simptom batuk berdarah atau sesak nafas cuma sakit seperti pedih di otot dada itu. Apakah perkara yang patut saya lakukan? Adakah perlu kurangkan pemakanan supaya dada tidak merasa sesak contoh pedih ulu hati atau bagaimana?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kanan atau kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.
Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal
Rasa sakit dada di sebelah kanan mempunyai terlalu banyak penyebab yang berkaitan dengan jantung dan sebaliknya. Di bawah adalah senarai penyebab yang serius:
- Serangan jantung/sakit jantung
- Angina
- Radang jantung
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.

































