
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian hujung mata ( tempat keluar tahi mata )
mata saya sakit di bahagian hujung mata. bila pegang seperti rasa ada benda bulat di dalam bahagian mata. mata sering kali berair. sakit di sekitar mata dekat dgn hidung di bahagian belah kanan. sebab apa ye tu? adakah sbb mata saya kering? atau lain?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan (benda bulat menurut deskripsi anda) disertai sakit dibahagian mata boleh timbul disebabkan pelbagai hal, seperti:
- Hordeolum keradangan kelenjar peluh bulu mata
- Chalazion sumbatan kelenjar air mata
- Blepharitis keradangan kelopak mata
- Dacryoadenitis iaitu keradangan kelenjar air mata
Memandangkan gejala ini telah berlaku sejak beberapa hari sehingga menimbulkan keluhan sakit, adalah dikhuatiri sekiranya dibiarkan keadaan akan memburuk. Bagi merawat, diperlukan maklumat lanjut dan pemeriksaan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.