Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian kanan antara breast dengan ketiak
saya student permpuan. saya berasa sakit di antara bahagian breast dengan ketiak. Means bawah ketiak. Sakit nye dirasakan di bahagian dalam. apabila ditekan juga akan terasa sakitnya dan ianya juga membuatkan tangan kanan saya berasa lenguh . Apabila baring di sebelah kanan juga dia akan berasa sakit dan saya tidak merasakan ketulan. Kenapa ianya berlaku? adakah ada kaitan dengan breast cancer or what?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di bawah ketiak. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Lymphadenitis ialah pembesaran kelenjar limpa akibat jangkitan
- Hidradenitis supurativa masalah kulit yang menyebabkan timbul ketulan kecil-kecil di lapisan bawah kulit
- Folliculitis - keradangan folikel rambut
- Epidermal cyst benjolan bawah kulit
- Limfoma - kanser sistem limfa
- Fibroadenoma - ketumbuhan jinak (bukan kanser)
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih


































