
yong
2 tahun
Sakit di bahagian kanan dadah
Sebelum ini bahagian belakang saya pernah di siku hingga menyebabkan saya berasa sakit untuk bernafas. Apa sakit dadah ini semakin kerap datang, baru saya terfikir mungkin bahagian belakang saya yang telah disiku tersebut mengalami koyakan, dan menyebabkan ada darah yang mungkin mengental .kerana dahulu saya seorang yang sangat aktif bersukan, …apa yang saya harus lakukan untuk menyelasaikan masalah ini ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah yang anda hadapi mungkin disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Kecederaan yang di alami menyebabkan otot atau tulang tercedera
- Otot yang tegang
- Angina ( Akibat dari saluran darah sempit)
- Jangkitan paru-paru
- Sakit Jantung
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih