Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian kepala dan bau kaman yang amat ketara
Saya wanita berumur 4u tahun dan mengalami sakit yang mt ketara di bahagian tengkuk ( keseluruhan lehef) serta bahagian bahu kanan sejak beberap tahun yang lalu. Pernah ikuti terapi dan mengambil ubat tahan sakit. Namun, keskitan pada bahagian yang sama semakin menjadi-jdi dan kadang-kala membuatkan sayà muntah dan mengalami sakit kepala yang amat sangat serta rasa kebas di bahagian kanan bahu serta tangan kanan. Bagaimanakah cara untuk saya mengtasi masalah saya ini, doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit kepala kanan yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit kepala tekanan (tension headache)
- migrain
- ketegangan otot
- occipital neuralgia (sakit saraf kepala)
Simptom ini agak lazim untuk golongan yang menghadap komputer atau pekerjaan yang memerlukan menunduk pada masa yang lama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan yang tepat boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































