
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian kerongkong
Suami sy sering mengalami sakit dibahagian kerongkong. Apabila menelan air liur, satu bunyi terhasil. Tapi tidak berbunyi jika dia menarik sedikit kulit dibahagian halkum. Perkara ini sudah kami ajukan kepada 2 org doktor. Setelah diperiksa tekaknya, mereka menyatakan ia adalah normal. Tetapi perkara ini sudah berlanjutan selama 3 bulan. Apa harus suami sy lakukan, doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah sakit di bahagian kerongkong kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.