
ratuadelea
5 tahun
Sakit di bahagian kiri belakang kepala
Hi doctor. Saya seorang perempuan berusia 23 tahun. Masalah saya ni sudah lama. Tapi saya tidak pernah buat check up di mana mana.
Sebelum ini saya memang ada rasa sakit seperti denyut di belakang kiri kepala. Ia akan berdenyut pada waktu siang. Saya beranggapan disebabkan suhu panas di tempat kerja.
Tapi sekarang saya perasan sakit denyut ni semakin kerap sampai waktu malam setiap hari. Ia akan berdenyut 2-3min sekali. Kadang kadang denyutan tu sampai rasa nak muntah.
Di sini saya ingin tanya pada doktor doktor kemungkinan apa sakit dan punca masalah saya ini.
Harap doktor doktor faham apa yang saya cuba sampaikan. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tension headache
- Migrain
- Cluster headache
- Sakit kepala kronik
- Penyalahgunaan ubat
- Sakit kepala kerana masalah berkaitan gigi atau gusi
- Sakit kepala disebabkan kafein dari teh dan kopi
- Sakit kepala kerana sinus
- Sakit kepala semasa haid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.