Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian peha kiri. Menucuk-nucuk
Hai dokter. Saya jue berumur 32tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Sejak akhir-akhir ini saya kerap sakit seperti ada benda yang menucuk-nucuk di peha kiri. Dan terlalu kerap kena belah malam. Dan kadang-kadang rasa nak pitam dan pening. Saya perasan keadaan ini berlaku sejak saya di beri suntikan vaksin dose pertama. Saya tidak pasti la kerana vaksin atau tidak. Tapi yang boleh saya katakan selepas saya Ambil vaksin baru terasa sakit seperti ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda mengalami tersebut adalah kesan sampingan biasa untuk vaksin Covid. Kesan sampingan umum vaksin Covid termasuk:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala atau pening
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























