
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian pelvis
Saya sering berasa sakit di bahagian kanan pelvis dan membengkak, tetapi selepas buang air kecil, ia kembali normal. Boleh saya tahu kenapa ianya berlaku seperti itu?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan kondisi kesihatan yang sebenar atau (sekiranya perlu) rawatan yang terbaik.
Sakit bahagian kanan pelvis yang berubah pada pembuangan air kecil, lazimnya boleh disebabkan oleh:
- Gangguan muskuloskeletal
- Gangguan saluran pencernaan (i.e. appendiks, dll)
- Gangguan organ wanita
- Tanda-tanda jangkitan kuman pada saluran urogenital
- Gangguan lain pada saluran urogenital (i.e. batu karang, acute kidney injury, dll.)
- atau gangguan lain yang memerlukan rawatan doktor
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang .
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.