
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian perut dan rahim
Saya wanita yang berusia 30 tahun dan memiliki 3 orang anak. Saya baru sahaja melahirkan anak pada awal bulan Februari tahun lalu. Selepas bersalin pada tahun lalu, saye telah mengambil pil perancang selama 3 bulan dan bulan seterusnya saya bertukar kepada jarum perancang. Hingga kini saya masih lagi ambil jarum perancang. Saya sudah lama tidak datang haid dan baru pertama kali datang haid pada 3 minggu yang lalu. Tapi selepas dari itu, saya mulai mengalami sakit perut termasuk di bahagian rahim, rasa sangat letih dan lemas badan.Apakah penyebab untuk keadaan yang saya alami ini, doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Perubahan hormon
- Sembelit
- Masalah ovari seperti kista (cyst) ovari
- Masalah pundin kencing - seperti jangkitan kuman atau batu karang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.