
muhdfikri2705
6 tahun
Sakit di bahagian perut kiri bawah
Saya baru sahaja lepas menjalani pembedahan apendiks beberapa hari lepas. Semakin lama semakin terasa sakit di bahagian perut kiri bawah. Apabila kencing, kencing seperti biasa tetapi rasa seakan masih ada sisa. Sakitnya semakin berlarutan doktor, tolong saya…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Biasanya pesakit sememangnya akan mengalami rasa sakit selepas pembedahan dijalankan. Masalah membuang air kecil juga boleh berlaku terutamanya jika catheter saluran kencing digunakan semasa pembedahan.
Sakit tersebut boleh berpunca daripada radiation pain dari tempat pembedahan, masalah usus besar, atau masalah lain seperti pinggang dan belakang.
Anda mungkin mengalami masalah lain yang menyebabkan kesakitan pada bahagian perut kiri anda. Sekiranya sakit anda bertambah teruk atau anda mendapati luka pembedahan anda merah, bengkak atau bernanah. Sila rujuk masalah ini ke hospital dengan segera.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.