lydiaanaksawa
6 tahun
Sakit di bahagian perut seperti segugut
Hi Dr, kebelakangan ini saya mengalami sakit perut sehingga menggangu aktiviti saya. Kadang2 saya berdiri rasa sakit itu pun ada. Rasanya macam segugut tapi saya tidak periods… Kesakitan tersebut sekejap bahagian kiri sekejap bahagian kanan… Tapi saya masih aktif walaupun sakit di bahagian perut itu ada… Adakah itu apendik ka Dr… Or penyakit lain
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.Sekiranya sakit tersebut masih menggangu anda daripada melaksanakan tugas seharian , anda disarankan untuk rujuk masalah ini di hospital yang terdekat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih





























