
hazarsyg
5 tahun
Sakit di bahagian pinggang ketika bersama
Saya berumur 23 tahun. Kebelakangan ni saya ada merasakan kesakitan di bahagian pinggang ketika bersama dengan suami.
Untuk pengatahuan doktor. Saya tidak mengalami masalah senggugut yang teruk ketika haid dan haid sy normal 2-4 hari.
Jadi adakah kesakitan yang saya rasa ini normal??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
Masalah pada struktur ovari pada wanita
Masalah pada usus
Selain merujuk ke doktor, terdapat beberapa hal yang boleh anda lakukan untuk membantu mengurangkan rasa sakit tersebut, yaitu:
- Membuat senaman dan regangan yang betul.
- Mengamalkan postur duduk, berdiri, berjalan dan berbaring yang betul
- Mengurangkan berat badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.