
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian pinggang kiri dan kedua-dua kaki
Salam doktor, saya wanita berusia 20 tahun dan sejak petang semalam saya mengalami sakit dibahagian pinggang kiri dan kedua-dua kaki secara tiba-tiba. Saya cuba guna yoko yoko dibahagian pinggang sekarang rasa agak nyaman sedikit nyamun kaki saya masih sakit. Saya ada cuba periksa kaki saya dan kaki saya tidak bengkak. Apakah masalah yang saya mengalami doktor?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit di bahagian pinggang boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Masalah buah pinggang
- Masalah pada pankres
- Masalah pada otot atau tulang di bahagian tulang samada disebabkan oleh tercedera, keradangan dan sebagainya
Masalah di kaki pula boleh dibahagi kepada beberapa sebab bergantung kepada tempat dan lokasi dan jenis sakit. Ianya boleh disebabkan oleh masalah:
- Saraf
- Tulang
- Otot
- Ligamen
- Tendon
- Saluran darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperluka. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.