mrfizie
4 tahun
Sakit di bahagian pinggul kiri, susah nak tunduk duduk lama sakit baring lama sakit
sudah 3 minggu… bone alignment tak jadi… urut tak jadi… makan ubat tak jadi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pinggul kiri boleh terdiri atas sakit pinggul kiri depan, kiri dan kiri belakang. Bagi membezakan kategori ini, memerlukan penjelasan dan keterangan lanjut tentang sakit ini daripada anda. Secara umum ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Patah leher femoral
- Femoroacetabular impingement (FAI) - keadaan di mana tulang tambahan tumbuh menyebabkan bentuk tulang yang tidak teratur
- Iliopsoas bursitis (internal snapping hip) paling sering terjadi apabila tendon iliopsoas terkena pada tulang tajam
- Osteoarthritis
- Osteonecrosis yang terjadi apabila bekalan darah ke kepala femoral terganggu, menyebabkan tulang di kepala femur mati
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.