
nazminizar
5 tahun
Sakit di bahagian pipi / hidung/ Kahak / hingus berdarah
Salam Dr. Sebelum ni, saya ada ke klinik kerana ada sakit dibahagian muka terutamanya di bahagian pipi / tepi hidung. Sebelah kiri sahaja. Ia berikutan daripada selsema / batuk beberapa hari. Selepas batuk hilang, cuma hidung sahaja berair / berhingus. Jadi, bila saya mendapat rawatan, doktor di klinik memberitahu bahawa sakit di bahagian pipi / hidung itu berpunca dari masalah resdung. Sekarang, masalah sakit itu sudah berkurang setelah makan ubat yang diberikan doktor dan cuma hidung masih ada lagi sedikit berair. Bila saya hembuskan hingus atau keluarkan kahak, ia sedikit bercampur darah. Warna keperangan. Adakah ini masih lagi simpton resdung atau ada masalah lain? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keluhan tersebut boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis
- Non-allergic rhinitis sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak) atau juga dikenali sebagai resdung
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain. Selain itu, sekiranya mahu mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.