
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian rusuk
Saya wanita berumur 36 tahun,sedang mengandung 31 minggu.selama 10 hari saya ada mengalami batuk.awalnya batuk berkahak yang banyak tapi selepas makan ubat semakin berkurang tapi batuk gatal masih berterusan.
Satu hari ketika baring mengiring saya batuk yang agak kuat dan tiba-tiba di bahagian rusuk saya rasa sakit sehingga tak boleh bergerak.setelah anak saya tuamkan dengan air panas,baru ada rasa ok sedikit tapi masih sakit untuk mengangkat tangan,bergerak dan tidur hingga sekarang.doktor ada bagi ubat yang sesuai untuk ibu mengandung.tapi sampai sekarang ia sangat menganggu kehidupan seharian saya.
Dan saya risau jika saya sukar hendak meneran bila bersalin nanti.sebab menarik nafas panjang pun menyebabkan sakit di bahagian rusuk saya.dan sangat sakit jika saya batuk.apa perlu saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk dan sakit tulang rusuk yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan bawah paru-paru akibat dari batuk sebelumnya
- Radang tulang rusuk akibat kecederaan atau jangkitan kuman
- Masalah buah pinggang seperti batu karang atau jangkitan kuman
- Masalah hempedu seperti batu karang, radang atau jangkitan kuman
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor diklinik bagi membuat pemeriksaan kerana maklumat lanjut diperlukan bagi mengenalpasti punca masalah ini. Hal ini kerana, sebarang sakit akibat jangkitan kuman pada usia kehmilan begini boleh membahayakan kandungan dan anda tidak boleh sembarangan mengambil ubat tanpa mendapat diagnosis yang tepat dahulu kerana sesetengah ubat juga tidak sesuai digunakan untuk ibu mengandung. Sekian.