
farahain1231
5 tahun
Sakit di bahagian tekak dan dada
Saya merasa seperti ada sesuatu yg tersangkut di laluan kerongkong. Saya tidak merasa sakit, tetapi rasa tidak selesa. Kekadang merasa juga sakit di bhg dada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai punca berlakunya sakit dada:
• Serangan jantung (penyakit koronari jantung): Berlaku apabila terdapat saluran darah ke jantung tersumbat
• Jenis penyakit jantung lain seperti masalah injap jantung
• Pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut
• Sakit di bahagian luar dada seperti otot, sendi dan rusuk
• Penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti asma
• Kecederaan pada dada disebabkan oleh kemalangan atau terjatuh
• Gangguan emosi seperti kebimbangan, panic dan tekanan
• Sakit belakang
Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan segera untuk memastikan anda tidak ada tanda-tanda penyakit jantung. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami untuk penjelasan yang lebih tepat secara peribadi. Terima kasih