
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian tengah atas perut. (bawah dada)
Beberapa hari lepas, saya mempunyai masalah sakit kepala yang agak teruk sehingga menyebabkan saya muntah berulang kali. Muntah saya bewarna kekuningan. Saya pergi ke klinik dan dr memberikan ubat tahan sakit. Selepas sakit kepala saya beransur pulih, keesokan harinya saya merasa sakit di bahagian atas perut. Kawasan dibawah dada bahagian tengah. Saya sering merasa lapar dan sakit di bahagian tersebut serta selalu megeluarkan angin dari mulut secara berlebihan. Adakah ini gastrik atau ada masalah lain? Terima kasih dr…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih