
rinaamril93
5 tahun
Sakit di bahagian tengah dan bawah dada (Costochondritis)
Saya pregnant 21 weeks. Bahagian tengah dan bawah dada sentiasa sakit yang mengganggu aktiviti harian saya. Sakit tu membuatkan saya perlu baring terlentang tanpa bantal, baru kurang rasa sakit. Saya dah rujuk doktor di klinik kesihatan, katanya itu adalah costochondritis. Sekarang makin kerap sakit dan saya tak tahan. Apa punca sakit ini dan rawatan yang saya boleh dapatkan dengan segera?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pembesaran rahim sewaktu mengandung dan variasi postur tubh sepanjang kehamilan boleh menekan dan menyebabkan keradangan dan kesakitan pada saraf-saraf di sela-sela rusuk sehingga timbulnya costochonditis iaitu keradangan rusuk. Sakit biasanya akan hilang selepas melahirkan apabila tekanan pada saraf beralih dan membuatkan anda lega. Secara umum pengubatan yang boleh diberikan sementara masih hamil adalah berupa:
- krim atau ubat sapu penahan sakit
- blok saraf intercostal
- suntikan ubat
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami untuk menentukan krim sapur yang sesuai secara atas talian. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.