Sulit
2 tahun
Sakit di bahagian tengah perut atas pusat
Saya seorg wanita berumur 33 thn dan suda berkhwin. Sejak beberapa hari ni saya mengalami sakit perut yang mulanya saya fikir di sebebkan angin. Pada hari kahmis saya mengalami sakit seperti ulu hati dan saya hanya makan sedikit supaya sakit tidak berlarutan dan beberapa jam ia hilang tetapi keesokan harinya dia muncul semula dan saya makan dan ia hilang. .tetapi malam itu sakit tu berlarutan tetapi kali ni seperti perut memulas cuma tiada rasa ingin membuang. pada sabtu saya agak lemas dan rasa mid demam dan sakit tidak hilang dari semlam. Dia akan hilang 5 minit dan sakit semula 5minit dan sehingga sekarang (ahàd) sakit tu akan datang sekejap sekejap. .dan badan masih lemas cuma demam kurang. .
Kenapa ya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sakit perut seperti memulas atas pusat, badan lemas dan demam boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan usus
- Kesan alahan makanan atau keracunan makanan
- Penyakit gastrik atau pedih ulu hati (GERD)
- Penyakit ulser peptik
- Radang usus
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan berkaitan, supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.