
nurinsofeaaaaaxoxo
5 tahun
Sakit di bahagian tepi lutut
Saya remaja perempuan berumur 17 tahun. Saya berlari di atas lantai yang licin ketika dia sekolah. Semasa berlari lutut saya tiba tiba menjadi lembik menyebabkan saya terjatuh secara tiba tiba. Saya tidak dapat menggerakkan lutut saya dan meluruskan kaki selepas terjatuh. Saya tidak dapat membengkokkan lutut menyebabkan saya terpaksa berjalan dengan kaki yang lurus dan tidak menggerakkan kaki ketika tidur. Ibu dan ayah saya tidak membawa saya ke hospital atau pusat urutan sebaliknya menyuruh saya makan ubat sakit sendi sahaja kerana menggangap saya hanya berlebih lebih sahaja mengenai kesakitan lutut saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kekoyakan meniskus
- Kekoyakan ligamen [Anterior Cruciate (ACL) atau Posterior Cruciate Ligament (PCL)]
- Kecederaan saraf yang mungkin menyebabkan kaki lembik secara tetiba
- Patah tulang lutut, femur atau tibia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.